Saturday, 31 March 2012

Chapter 1: INTRODUCTION OF STARLIGHT


Cahaya kamera memancar disana sini. Wartawan, lensa tv dan lain-lain memenuhi ballroom di hotel Hyatt. SG Entertainment baru-baru ini melahirkan sekumpulan girl group yang berbakat bagi tahun ini. Press Conference diadakan secara besar-besaran bagi melancarkan debut kumpulan ini.

“Dijemput Kim Se Gyeong, presiden SG Entertainment untuk merasmikan majlis ini.”kata pengacara majlis. Kim Se Gyeong, 28 tahun, wanita pertama dan termuda yang mempunyai syarikat Entertainment sendiri di Korea Selatan selepas mengambil alih tempat ayahnya yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba kerana lemah jantung.. “Terima kasih kepada pengacara majlis dan terima kasih juga kepada hadirin yang hadir pada majlis conference pada hari ini. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi  SG Entertainment kerana melahirkan lagi sekumpulan bakat baru kumpulan perempuan yang diberi nama Starlight. Diberi nama Starlight kerana kumpulan ini bakal bersinar gemerlapan dengan bakat yang ada pada diri mereka masing-masing. Tanpa membuang masa, saya mepersilakan ahli-ahli Starlight untuk berada di atas pentas.”
Ahli-ahli Starlight pun berada diatas pentas. Mereka memberi senyuman yang paling menawan dan mampu mencairkan hati jejaka-jejaka yang di situ. Semua orang terpegun dengan kecantikan mereka. “Kumpulan ini mempunyai 7 orang ahli. Sila perkenalkan diri.”kata Se Gyeong kepada mereka. “Hello, nama saya Taeyeon. Saya ialah ketua dan lead vocalist bagi kumpulan ini.Saya juga digelar The Baby Face oleh Shine(peminat).Saya harap saya mampu memikul tugas sebagai ketua dan berharap sokongan daripada anda semua.”kata Taeyeon. Semua orang bertepuk tangan. “ Hai,saya Yoona. Saya ialah 2nd dancers dan support vocalist bagi kumpulan ini. Saya diberi gelaran The Princess Of Persia.”kata Yoona. “Annyeonghaseyo, saya Sohee. Saya ialah 2nd Vocalist dan diberi gelaran The Killer Eyes.”kata Sohee. “Hello, I’m Tiffany. I’m from America. Saya ialah 3rd Vocalist dan jurucakap bagi kumpulan Starlight kerana saya mahir dalam berbahasa Chinese,Hanguk,Japanese,English dan Spain’s. Saya diberi gelaran The Lady of Ice oleh Shine.”kata Tiffany. “Hi, saya Uee. Saya Rapper of the group and supporting dancers. Saya diberi gelaran The Charismatic Look.”kata Uee. “ Hi, saya Krystal from China. Saya ialah 2nd Rapper and 3rd dancers. Saya diberi gelaran The Charming Beauty.”kata Krystal. “Annyeong, Saya Jiyeon. Saya ialah Lead Dancer dan Maknae of the group.” kata Jiyeon. 

“Itulah mereka kumpulan Starlight dengan keunikan masing-masing sekiranya anda lebih mengenali mereka. Mereka akan debut dalam 2 bulan lagi dan akan muncul dengan single lagu Be My Baby. Dengan ini maka, saya selaku presiden SG Entertainment dengan ini merasmikan Starlight sebagai Girl Group yang diiktiraf di Korea dan antarabangsa.”kata Kim Se Gyeong dengan penuh bersemangat. Semua orang bertepuk tangan dengan kuat. Starlight pun turun untuk ke meja press conference bersama Kim Se Gyeong. Pelbagai soalan diutarakan oleh para wartawan antaranya “ Apakah konsep yang dibawa oleh Starlight?”tanya wartawan dari SBS. “ Konsep yang dibawa oleh oleh kami ialah modern dance.” Jawab Sohee. Semua soalan dijawab oleh Starlight sendiri. “Nampaknya Starlight telah dilatih betul-betul dan bersiap sedia untuk menjadi seorang artis. Mereka menjawab soalan daripada kami sebagai orang yang telah berpengalaman. Apa kata awak cik Kim Se Gyeong?” Tanya salah seoranga wartawan. “ Itu semestinya kerana SG Entertainment  melahirkan seseorang yang betul-betul berbakat dan berkualiti serta professional. Itulah visi kami.”kata Kim Se Gyeong dengan yakin. “Wow..” terpegun semua orang yang ada disitu mendengar penjelasan Kim Se Gyeong.

***

No comments:

Post a Comment